Beliau adalah Abdullah bin Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad[1] bin Abu Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrahman bin Alwi[2] bin Muhammad[3], bin Ali[4] bin Alwi bin Muhammad bin Alwi[5] bin Ubaidillah bin Ahmad[6] bin isa[7] bin Muhammad[8] bin Ali[9] bin
Jaafar Al-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin Husein
bin Ali bin Abi Thalib dan juga putra Fathimah binti Rasulillah
Muhammad .
Dilahirkan pada hari Isnin 5 Safar 1044H di Subair (sebuah
perkampungan di pinggir bandar Tarim - Hadramaut). Di masa kecilnya
beliau dijangkiti penyakit campak, lalu beliau buta kerananya. Akan
tetapi ALLAH telah menggantikan untuknya cahaya pada hatinya untuk melihat, serta kebersihan jiwanya.
Latar Belakang Pendidikan
Imam
Al-Haddad tumbuh dalam penjagaan kedua ibubapanya, iaitu Habib Alwi bin
Muhammad AlHaddad, seorang yang soleh lagi dikenali dengan ketaqwaanya.
Ibunya yang bernama Syarifah Salma binti Idrus bin Ahmad Al Habshee,
seorang wanita solehah.
Imam
Al-Haddad membesar dalam lingkungan keluarga yang baik, dimasa kecilnya
beliau menyibukkan diri untuk menghafal Al-Qur’an, dan bermujahadah
untuk mencari ilmu, sehingga berjaya mendahului rakan-rakannya. Bahkan
dengan kegigihannya dalam mencari ilmu, beliau berjaya mendahului
sebahagian guru-guru beliau, sehingga sebahagian daripada mereka menjadi
murid setelah sebelumnya menjadi guru.
Salah
seorang daripada mereka adalah Sheikh Bajubair, dimana imam Al Haddad
telah berguru kepada Sheikh Bajubair dalam ilmu Fiqh, dan telah belajar
kitab Al Minhaj (kitab Fiqh madzham Imam Syafi’i). Sheikh
Bajubair merantau ke negeri India, setelah beberapa lama berada disana,
lalu kemudian beliau kembali ke Hadramaut dan belajar kepada Imam
Al-Haddad kitab Ihya’ululmuddin. Hal ini menunjukkan akan keluasan ilmu Imam Al-Haddad yang di berikan Oleh Allah kepadanya sesuai dengan firmanNya:
وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْماً الكهف: ٦٥
Dan Kami telah ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami
وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ البقرة: ٢٨٢
Dan takutlah kepada Allah, dan Allah mengajarkanmu
Ahli keluarga Imam Al Haddad
Ayah
beliau bernama Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad, seorang yang soleh
yang tergolong dalam golongan Al’Arifin. Imam Al-Haddad sendiri pernah
berkata: “sesungguhnya ayahku ini suci dan mensucikan”.
Sakit menimpa ayahanda Imam Al-Haddad sehingga beliau wafat pada malam Isnin awal bulan rajab setelah mengucap kalimah لا إله إلا الله .
Setelah
5 hari ayahanda Imam Al-Haddad meninggal dunia, ibu beliau Syarifah
Salma sakit selama lebih kurang 20 hari, lalu kemudian meninggal dunia
setelah mengucap syahadah pada hari Rabu 24 Rajab 1072 H, bertepatan
pada waktu Dhuha.
Berkata Imam Al-Haddad : “Aku memuji dan bersyukur kepada ALLAH ,
oleh kerana mereka berdua (yakni kedua ibu bapanya) meninggal dunia
dalam keadaan yang diredhai, di zaman yang penuh dengan fitnah,
sementara mereka berdua telah wafat dalam keadaan yang baik dan
memberikan berita gembira, iaitu keselamatan”.
Imam
Al-Haddad mempunyai 3 orang saudara, mereka adalah: Omar, Ali, dan
Hamid. Beliau kerap menulis surat kepada mereka yang dipenuhi dengan
nasihat-nasihat dan pengajaran-pengajaran. Akan tetapi, surat-menyurat
beliau kepada Hamid (saudaranya) lebih kerap, hal ini mungkin di
sebabkan oleh kerana jauhnya jarak antara mereka berdua, oleh kerana
beliau (Habib Hamid) tinggal di India dan meninggal dunia di sana pada
1107H. Dari isi kandungan surat-surat itu tampak satu pertalian hubungan
persaudaraan yang menggambarkan akan kesungguhan kasih sayang dan
kecintaan di antara mereka.
Imam Al-Haddad mempunyai 6 orang anak lelaki, mereka adalah: Hasan, Alwi, Muhammad, Salim, Husain, dan Zain.
Beliau seorang ayah yang penyayang terhadap anak-anaknya, beliau memberikan gelaran-gelaran terhadap mereka. Seperti gelaran Ameer (pemimpin) untuk Husain, Sholeh (orang yang banyak amal ibadahnya) untuk Alwi, Hakim (sifat bijaksana) untuk Hasan, dan sheikh (guru besar) untuk zain. Berkata imam Al-Haddad tentang anaknya Muhammad:
“sesungguhnya anakku Muhammad telah mendapat derajat wilayah yang sempurna”.
Sehingga
dengan demikian beliau dipilih untuk menggantikan ayahandanya di dalam
pehubungan antara kabilah-kabilah untuk mendamaikan antara puak-puak
yang berselisih. Contohnya beliau berjaya memadamkan api peperangan
antara 2 kabilah yang berselisih, dengan menikah dengan kabilah Aal
Bakatsir ( keluarga Bakatsir) demi mempererat hubungan antara
kabilah-kabilah yang bersenjata. Beliau meninggal dunia di Dzamar.
Adapun
Hasan dan Alwi dikenali dengan keilmuannya, dan mereka menggantikan
kedudukan ayahanda mereka dalam tugasan mengajar ilmu-ilmu, dan memberi
makan fakir miskin, menerima tetamu-tetamu asing ataupun tetamu-tetamu
khas yang datang dari luar. Imam Al-Haddad pernah berdoa untuk anaknya
Hasan: “Hasan (ertinya yang baik. Pent.) semoga ALLAH membaikkan di
belakangmu”. Dengan doa itu beliau mempunyai dzuriat yang baik dan
banyak dari kalangan ulama. Beliau (Hasan) meninggal dunia di Tarim pada
tahun 1188H, adapaun Alwi meninggal dunia di Mekkah setelah menunaikan
ibadah haji, dan di kebumikan berhampiran dengan kubur Siti Khadijah R.A
pada tahun 1153H.
Zain
telah berhijrah ke Iraq setelah ayahandanya meninggal dunia, beliau
sangat dihormati di negeri itu di sebabkan oleh kerana pengaruh
ayahandanya yang begitu luas sehingga ke negeri Iraq. Beliau meninggal dunia di negeri Oman bertepatan dengan perkampungan Sheer, pada tahun 1157H.
Adapun
Salim, beliau menetap di negeri Misyqash dan mempunyai dzuriat di sana,
lalu kemudian kembali ke kampung halamannya Tarim dan meninggal dunia
di sana pada tahun 1165 H.
Sementara Husain, sakit menimpa beliau, lalu beliau meninggal dunia kerana sakit.
. .Dzuriyat Imam Al-Haddad tersebar di serata dunia, baik di
Hadramaut (tanah airnya) ataupun di negara lain, seperti Saudi Arabiya,
Negara-negara teluk, Malaysia, Indonesia, Singapura, India, dll.
Sebagaimana dikatakan bahawa : ALLAH telah memberi keberkatan kepada Imam Al-Haddad melalui anak muridnya, anak keturunannya dan kitab-kitabnya. Semoga ALLAH mengekalkan
dan memelihara keberkatan ini pada kitab-kitab dan keturunannya, serta
memelihara mereka untuk berjalan mengikut datuk mereka, dan menjadikan
mereka sebaik-baik penerus kepada pendahulu mereka. Berkata Imam
Al-Haddad:
“Kami akan berjalan di atas landasan dan garisan nabi Muhammad ,
dan landasan para salaf (pendahulu kami) sedaya upaya kami. Sungguh
yang ternampak dari kami adalah penyebaran ilmu, bukan untuk menampakkan
perkara yang lain”.
Firman Allah:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
الطور: ٢١
Orang-orang
yang beriman dan di ikuti oleh anak cucunya ( keturunannya) dengan
keiamanan, Kami perhubungkan ( kumpulkan) kepada mereka anak cucunya
itu, dan tidaklah kami kurangkan pahala amalan mereka sedikitpun, setiap
manusia tergadai ( terikat) oleh usahanya masing-masing.
Telah
dicatitkan bahawa, jumlah bilangan guru-guru Imam Al-Haddad melebihi
140 guru, beliau telah mengambil ilmu dan bertalaqi daripada mereka.
Terutama sekali adalah: Habib Abdurrahman bin Shkeikh Maula ‘Aidid,
Habib Omar bin Abdurrahman Al-‘Attas, Habib Sahl bin Muhammad Ba Hasan,
Habib Aqil bin Abdurrahman bin Aqil Al-Seggaf, dan juga Habib Muhammad
bin Alwi Al-Seggaf ( yg tinggal di Mekkah) dll.
Murid-murid Imam Al Haddad
Murid-murid
utama Imam Al Haddad adalah terdiri dari ahli keluarganya sendiri,
terutama anak-anak beliau. Adapun dari selain ahli keluarga beliau
mereka adalah: Habib Ahmad bin Zain Al Habshi, Habib Muhammad bin Zain
bin Semait, Habib Omar bin Zain bin Semait, Habib Omar bin Abdurrahman
Al Baar, Habib Abdurrahman bin Andullah Ba Al-Faqih, Habib Muhammad bin
Omar bin Taha Al-Seggaf, dll.
Al-Hawi
adalah sebuah kawasan yang berjiran dengan bandar Tarim, Imam Al Haddad
menetap disana ( Al-Hawi) pada tahun 1099H. Syed Muhammad bin Ahmad
Al-Syathiri –Sejarawan dari hadramaut- berkata : ”sesungguhnya Habib
Abdullah Al-Haddad mendirikan Al-Hawi semata-mata untuk mempunyai tapak
yang berdiri sendiri untuknya dan ahli keluarganya serta para
pengikutnya, dan tidak tertakluk kepada pentadbiran Qadi Tarim pada masa
itu. Ia merupakan tempat yang strategi untuk mendapatkan segala yang
baik daripada Tarim, dan kawasan yang terlindung dari segala fitnah dan
kejahatan dari tempat itu. Dengan demikian Al-Hawi menjadi kawasan yang
selamat lagi dihormati.
Imam
Al-Haddad membangun rumahnya di Al-Hawi pada tahun 1074H, lalu
berpindah pada tahun 1099H. Beliau membangun masjidnya berhampiran
dengan rumahnya, dan mengajar di sana selepas solat asar setiap hari,
dan pagi hari kamis dan isnin, serta Hadrah pada setiap malam Jum’at
selepas solat Isya’. Maka dengan pelbagai aktiviti, Al-Hawi menjadi
tumpuan kepada para ulama’, dan orang-orang soleh, serta tempat
perlindungan bagi kaum fakir miskin, dan merupakan zone selamat, aman,
dan tenteram.
Haji dan Ziarahnya
Pada
tahun 1079H, Imam Al-Haddad telah berangkat untuk menunaikan ibadah
haji. Setelah sampai di Mekkah, ramai penduduk Mekkah yang menyambut
kedatangan Imam Al-Haddad, dan beliau tinggal di rumah Sheikh Husain Ba
Fadal, beliaulah yang melayan sendiri kepada Imam al Al-Haddad. Imam
Al-Haddad menceritakan keberadaannya dirumah sheikh Husain Ba Fadal,
beliau berkata:
“Sesungguhnya
Sheikh Husain berkata: Aku mempunyai dua lautan di mana aku mengambil
dari keduanya, yang pertama adalah lautan zahir, iaitu Sheikh Ahmad
Al-Qusyasyi, yang kedua : lautan batin, iaitu Syed Muhammad bin Alwi
Al-Seggaf. Dan ALLAH telah mengumpulkan kedua lautan itu padamu untukku”.
Pada tahun itu, wuquf di Arafah jatuh pada hari Jum’at, ramai penduduk Mekkah pada ketika itu yang datang kepadanya.
Ketika
beliau sedang duduk di sebelah Hijir Isma’il beliau didatangi oleh
Syarif Barakaat bin Muhammad, lalu meminta doa kepadanya agar
permintaanya di kabulkan oleh Allah (tanpa memberitahu apakah hajatnya
itu), maka Imam Al Haddad mendoakan untuknya. Ketika Syarif Barakaat
pergi, Imam Al-Haddad bertanya : siapakah dia itu? Beliau diberitahu
kalau dia adalah salah seorang besar di Mekkah. Lalu Imam Al-Haddad
berkata: dia meminta untuk menjadi raja di Mekkah, dan ALLAH telah
mengabulkan permintaanya. Syarif Barakaat di lantik menjadi pemimpin di
Hijaz pada tahun 1082H.
Pada
hari Jum’at 1 Muharram 1080H, bertepatan dengan masuknya waktu solat
fajar, Imam Al-Haddad telah di pelawa untuk menjadi Imam pada solat
subuh di masjidil haram di Mekkah. Beliau membaca surah Al-Sajadah dan
surat Al-Insan.
Buku-buku Imam Al Haddad
Imam
Al-Haddad melangsungkan perjalanannya menuju kota Madinah Al
Munawwarah. Telah diceritakan bahawa, beliau tidak tidur dalam
perjalanan beliau menuju kota Madinah kecuali sedikit sekali, di
sebabkan kerinduan yang mendalam di dalam hatinya. Beliau mengungkapkan
akan kerinduannya itu dalam syairnya:
يَلذّ لَناَ أنْ لاَ يلذّ لنا الكَرَى # لمّا خَالطَ الأرْوَاحَ مِنْ خَالِص الْحُبِّ
Sungguh kami merasakan kenikmatan dimana kami tidak meraza nikmat dengan tidur, Ketika kemurnian cinta telah menyatu dengan ruh
Ketika beliau
menghampiri kota Madinah, beliau dapat mencium bau wangi serta merasakan
adanya cahaya yang bersinar. Beliau mengungkapkan dalam syairnya:
فلما بلغـنا طيـبة وربـوعهـا # شممنا شذى يزري بعرف العنابر
وأشرقت الأنوار من كل جانـب # ولاح السنا من خير كل المقابر
مع الفجر وصلنا وافينا المدينة طاب من # صباح علينا بالسعادة سافر
Ketika kami sampai di Thaibah (Madinah), kami mencium bau sangat wangi, mengalahkan wangian-wangian anbar
Cahaya menyinari segala penjuru, cahaya itu bersinar melalui kubur sebaik-baik manusia
Bersamaan dengan waktu fajar, kami sampai ke Madinah, sungguh indah pagi itu bagi kami dengan kebahagiaan
Beliau tinggal di rumah Syed Omar Ameen Al-Mahdali.
1. 10 رسالة المذاكرة
2. آداب سلوك المريد
3. اتحاف السائل بأجوبة المسائل
4. النصائح الدينية والوصايا الإيماني11
5. رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة12
6. سبيل الادكار والاعتبار بما يمرّ بالإنسان من الأعمار
7. الدعوةالتامة والتذكرة العامة
8. الفصول العلمية والأصول الحكمية
9. النفائس العلوية في المسائل الصوفية
1. الحكم 13
1.المكاتبات 14
1.تثبيت الفؤاد بذكر مجالس القطب عبد الله الحداد
1 الدر المنظوم لذوي العقول والفهوم
1. Orang
yang tidur boleh di kejutkan, orang yang lalai boleh di ingatkan,
barang siapa yang tiada bermanfaat untuknya bila dikejutkan atau
diingatkan maka sesungguhnya dia itu adalah orang mati dan kamu tidak
dapat memperdengarkan kepada orang yang sudah berada dalam kubur.
2. Kami
tiada mendapati segala kebaikan melainkan berada dalam ilmu, kalau
bukan kerana ilmu maka seorang hamba tidak kenal akan Tuhannya, dan
tidak tahu bagaimana menyembah kepadaNYA.
3. Ketaatan yang shohih akan terpelihara dengan memelihara 3 dasar:
a. Cinta
kepada Tuhan, iaitu dengan bertafakkur akan tanda-tanda kebesaran
ALLAH, dan nikmat yang telah diberikan, serta membiasakan diri dalam
berdzikir.
b. Meninggalkan
semua yang menyibukkan dari mengingati ALLAH. Yang demikian itu dapat
dicapai dengan meninggalkan segala dosa dan bercampur dengan manusia
kecuali sebatas keperluan sahaja, iaitu apa-apa yang bila dilakukan akan
mendatangkan pahala, dan bila di tinggalkan akan mendatangkan dosa.
c. Melazimkan
diri berada di dalam apa-apa yang dapat mendekatkan diri kepadaNYA.
Kesempurnaanya adalah meninggalkan segala yang haram, melakukan segala
yang wajib, memperbanyak amalan yang sunnah.
Akhlak dan Budi Pekertinya
Imam Al-Haddad
mempunyai akhlak dan budi pekerti yang luhur sebagaimana perkara itu
menjadi pujian kepada Rasulullah . Firman Allah :
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
القلم: ٤
Dan sesungguhnya engkau ( Muhammad) mempunyai akhlakyang mulia.
Beliau
suka memberi maaf kepada sesiapa yang bersalah, suka menyuruh kepada
yang ma’ruf, dan mencegah kemungkaran, sebagai tanda meneladani penghulu
seluruh manusia Rasulullah yang telah bersabda:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن
كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
الأحزاب: ٢١
Sesungguhnya pada rasulullah ( Muhammad )
ada ikutan yang baik bagimu, yaitu bagi orang-orang yang yang
mengharapkan ( pahala) Allah dan hari kemudian, serta dia banyak
mengingati Allah.
Imam
Al-Syili berkata (dalam kitab Al-Masyra’ Al-Rawiy) : Beliau (Imam
Al-Haddad) mempunyai sifat lemah-lembut, pemaaf, membalas dengan
kebaikan, tidak besifat pendendam, dan bersifat bersih hati kepada orang
yang bersikap kasar kepadanya. Dengan demikian beliau menjadi contoh
yang baik dalam perkataan dan perbuatannya, dan teladan yang agung dalam
akhlak dan budi pekerti Rasulullah .
Beliau mempunyai semangat yang tinggi keazaman yang kuat dalam
berpegang teguh kepada agama. Beliau seorang yang bersifat pemurah,
ringan dalam memberi, sangat menghormati tetamu. Beliau berkata:
“Sesungguhnya aku ingin berada dalam segala keadaan dimana tiada dalam perasaanku hasad dan dengki kepada seorangpun”.
Beliau seorang yang bersifat zuhud, dan tidak mengharapkan pemberian
dari sesiapapun. Sesorang datang kepada Rasulullah ,
lalu berkata: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang bila
aku lakukan, aku di cintai Allah dan di cintai manusia, Rasulullah bersabda:
اِزْهَدْ فيِ الدُّنْيَا يُحِبُّكَ اللهُ وَازْهَدْ فِيْمَا فيِ أيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوْكَ
Hidup
dalam keadaan zuhud akan dunia, maka Allah sayang kepadamu, dan hidup
dalam keadaan zuhud akan apa yang di miliki oleh manusia, maka manusia
akan sayang kepadamu. ( ibnu Majah)
Imam Al-Haddad berkata: “Tiga perkara anugerah dari ALLAH untuk
kami: sedikit dalam kecederungan kepada dunia, sedikit dalam kepedulian
kepadanya, dan sedikit dalam ketergantungan kepada manusia”.
Beliau
juga berkata: “Harta kami dan apa yang kami miliki adalah untuk kami
berikan kepada fakir miskin dan orang-yang memerlukan bantuan”.
Beliau seorang penyabar,
mampu menahan marah, tidak mendendam, pemaaf akan kesalahan orang lain.
Beliau berkata: “Adapun kesalahan-kesalahan keatas hak-hak kami kami
sudah memaafkan, akan tetapi dosa-dosa keatas hak-hak ALLAH maka kami tak dapat membiarkannya”.
Beliau
juga pernah berkata: “Kami mendengar bahawa ada orang-orang yang makan
makanan kami, akan tetapi mereka memaki kami di belakang, kami tidak
tersentuh sedikitpun, dan kami tidak marah akan sikap mereka itu, bahkan
kami mendoakan mereka .
Beliau juga seorang penyantun kepada
sesiapa yang tidak sopan kepaanya. Satu hari seorang ayah memberikan
kepada anaknya sebilah pisau, lalu berkata: Bawalah pisau ini kepada
Al-Haddad (tukang besi), dan katakan kepadanya: ayahku berpesan untuk
kamu menajamkan pisau ini. Anak itu tidak mengetahui akan Al-Haddad
(tukang besi) itu, yang dia tahu adalah Imam Abdullah yang bergelar
Al-Haddad, maka anak itu datang membawa sebilah pisau kepada Imam
Al-Haddad, sementara beliau sedang berada dalam majlis, lalu anak itu
berkata: ayahku berpesan agar kamu menajamkan pisau ini. Maka Imam Al
Haddad mengambil pisau itu, seraya berkata: datanglah kamu esok hari,
kamu akan dapati pisau ini sudah diasah dan tajam. Anak itu pun pergi,
dan Imam Al-haddad menyuruh salah seorang untuk membawa pisau itu kepada
Al-haddad (tukang besi) untuk menajankannya. Oleh kerana yang demikian
beliau di kenali sebagai Haddadul Quluub (penajam hati).
Dengan futuuh (di bukakan pintu-pintu ilmu), Irsyad ( petunjuk), dan Imdad (kelebihan) adalah tonggak utama akan kaedah-kaedah guru kami Imam Al-haddad
Ibadahnya
Sejarah
menyebutkan bahawa Imam Al-Haddad tidak tidur di waktu malam untuk
beribadah kecuali sedikit sahaja. Yang demikian itu adalah untuk
meneladani amalan Rasulullah yang di perintahkan oleh ALLAH untuk tidak tidur di waktu malam kecuali sedikit sahaja. Firman ALLAH :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬
المزمل: ١ – ٢
Wahai orang yang berselimut ! bangunlah ( untuk solat) pada malam hari kecuali sedikit sahaja.
ALLAH juga telah memuji mereka yang menghidupkan malam dengan ibadah kepadaNya. Firman ALLAH :
كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَہۡجَعُونَ
الذّاریَات : ١٧
Adalah mereka itu sedikit tidur pada malam hari. Dan ketika waktu sahur mereka meminta ampun.
Imam Al-Haddad berkata: "Kami telah melaksanakan segala sunnah Nabi ,
dan tiada satu sunnah yang kami tinggalkan”. Sebagai membenarkan akan
ucapannya itu, beliau – pada akhir umurnya- memanjangkan rambutnya
sehingga bahunya, kerana rambut Rasulullah adalah demikian.
Kewafatannya
Imam
Al-Haddad meninggal dunia pada hari selasa 7 Dzul qi’dah 1132 H.
putranya yang bernama Hasan yang merawat beliau ketika sakit. Habib
Hasan menceritakan bahawa: Sesungguhnya Imam Al-Haddad dalam sakitnya
banyak mengulangi hadis yang terakhir dalam Shahih Al-Bukhari, yaitu:
كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ
ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Dua kalimat ringan dilisan, berat di timbangan, di senangi oleh Yang maha Pengasih:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Beliau meninggal
dunia pada 1/3 malam yang pertama, tak seorang pun yang mengetahui
berita kewafatannya kecuali di waktu pagi. Keadaan menjadi sangat
memilukan ramai pengikutnya. Berduyun-duyun manusia datang untuk
menghadiri pengebumiannya.
Habib Hasan –
putranya- dan Habib Omar bin Hamid adalah orang yang menangani
pemandiannya. Solat jenazah diimamkan oleh Habib Alwi – putranya- , dan
di hadiri oleh lebih kurang dua puluh ribu (20,000) orang. Beliau di
kebumikan bersamaan dengan terbenamnya matahari, oleh kerana terlalu
ramai manusia yang mengahdiri jenazahnya.
Semoga ALLAH mencucuri
rahmatNYA ke atas Imam Al-Haddad, mengangkat derajatnya, memberikan
keberkatan akan peninggalan-peninggalannya. Amein.
Pujian-pujian Ulama’ kepada Imam Al Haddad
Ramai ulama’-ulama’
yang memuji kepada imam Al-Haddad kerana kedudukannya, baik para ulama’
yang hidup di era beliau atau setelahnya.
Diantara pujian
ulama’ di zaman Imam Al-Haddad adalah Salah seoarang guru beliau, yaitu
Habib Abdurrahman bin Sheikh Maula ‘Aidid berkata bila menyambut
kedatangan Imam Al-Haddad:
“ مرحبا بسيّد الجماعة” (Selamat datang wahai penghulu kepada sekalian jema’ah). Terkadang menyebut: “ شيخ القبيلة” (Ketua kabilah atau kepala suku), sebagai satu sebutan yang mengandungi penghormatan serta pujian.
Habib Omar bin Abdurrahman Al-Attas berkata: “Seorang Syed Abdullah Al-Haddad adalah merupakan satu Ummah”.
Di riwayatkan bahawa
Mufti negeri Syam di zaman Imam Al-Haddad berkata: “Tiada diatas muka
bumi di zaman ini yang lebih ‘alim daripada Abdullah Al-Haddad”.
Murid terulung Imam
Al-Haddad yaitu Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi berkata: "Sesungguhnya
Imam Al-Haddad telah sampai kedudukan mujtahid (yang layak member
ijtihad) dalam ilmu-ilmu islam, iman, dan ehsan. Beliau adalah seorang
Mujaddid (pembaharu) ilmu-ilmu ini di zaman ini”.
Adapun pujian para ulama’ setelah Imam Al-Haddad seperti Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsyi:
بالفــتح والإرشـاد والإمــداد *** ثبتت قواعـد شيـخنا الحـداد
مستجمع السر الذي اتصـفت بـه *** أســـلافه وخليفة الأجـداد
فجمــيع من سلك الـطريقة بعده *** مستصـبحون بنـوره الوقـاد
Dengan futuuh (di bukakan pintu-pintu ilmu), Irsyad ( petunjuk), dan Imdad (kelebihan) adalah tonggak utama akan kaedah-kaedah guru kami Imam Al-haddad
kepada beliau telah terkumpul rahasia dan sifat mulia para salaf, maka beliau adalah khalifah kepada mereka
semua yang berjalan dalam jalan mulia ini setelah beliau, telah mengambil dari sinaran ilmu beliau yang sangat terang
Habib Muhammad bin
Ahmad Al-Syathiri ( semoga Allah merahmatinya) berkata: “Sangat jarang
sekali buku-buku di zaman Imam Al Haddad yang tersebar sepertimana
tersebarnya tulisan-tulisan dan karangan-karangan Imam Al-Haddad.
Karya-karya beliau telah dicetak berulang kali, dan telah di terjemahkan
de dalam beberapa bahasa, dan ramai yang telah mengambil manfaat
darinya".
Almarhum Sheikh Hasanain Makhluf ( bekas mufti Mesir) berkata mengenai karya Imam Al-Haddad “النصائح الدينية” : “Sesungguhnya
beliau (Imam Al Haddad) seorang penulis yang sangat jelas urainnya,
tinggi tata bahasanya, teliti pembahsannya di dalam mneyebutkan
ayat-ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi, serta kata-kata para ulama’,
sehingga dapat menghilangkan prasangka dan keraguan didalam hati dan
jiwa daripada segala kesamaran, serta dapat menjadi penawar kepada
segala permasalahan, sehingga tidak memberi ruang kepada pembicara untuk
berbicara, dan tidak ada jawaban lagi bagi orang yang bertanya”.
Dr. Mustafa Al-Badawi telah menulis kitab tentang Imam Al-Haddad bertajuk “الإمام الحداد مجدد القرن الثاني عشر” (Imam Al-Haddad pembaharu abad ke 12). Penulis memetik sebuah hadits Rasulullah yang riwayatkan oleh Abu Dawud:
إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
Sesungguhnya Allah akan mengutus untuk Ummat ini pada setiap seratus tahun seseorang yang memperbaharui agama ini untuk mereka.
[1] Orang pertama yang bergelar Al-Haddad
[2] Bapak Saudara Al-Faqih Al- Muqaddam Muhammad bin Ali
[3] Sohib Mirbath ( yang tinggal di Mirbath- Oman)
[4] Khali’Qasam
[5] Kepada beliau nisbah keluarga Ba’alawi atau dikenal dengan sebutan Alawiyyin.
[6] Al-Muhajir ( berhijrah) bergelar gelaran itu kerana beliau berhirah dari irak ke Hadramaut dan menurunkan dzuryzt di sana.
[7] Al-Roomi
[8] Al-Naqib
[9] Al-‘uraidhi ( nama kawasan berhampiran dengan kota Madinah)
[10] Buku ini adalah buku pertama yang di tulis oleh Imam Al Haddad
[11] Imam Al-Haddad berkata: telah berkata sebahagian Ulama’ Al Haramain ketika membaca tulisan ini ( النصائح الدينية) : Buku ini adalah kandungannya sama dengan kitab Ihya’. Imam Al Haddad menjawab: Benar apa yang kamu katakan.
[12] . buk di tulis untuk memenuhi permintaan Habib Ahmad bin Hasyim, ketika meminta wasiat kepada Imam Al Haddad.
[13] .
kandungan buku ini adalah kumpulan kata-kata hikmah. Buku ini telah di
syarahkan oleh Al-Muhaddits Muhammad Hayah Al-Sanadi Al-Madani.
[14] Kumpulan
surat-menyurat Imam Al Haddad kepada saudara-saudaranya, dan juga anak
muridnya, dan nasehat-nasihat kepada sultan-sultan pada ketika itu.
Artikel di karang oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
0 komentar:
Posting Komentar